Monday 18 April 2011

Bab 1,Episod 2

Matahari panas terik.Seperti biasa aku menunggang basikal dengan laju.Setiba aku di gerai Makcik Milah,dengan cepatnya aku meletakkan bungkusan nasi lemak itu diatas meja yang disediakan.

"Qaseh,jom naik atas rumah aku.Aku ada hal nak cakap dengan kau sikit.Marilah!" Alia memanggilku.Aku meletakkan bungkusan nasi lemak yang terakhir di meja lalu,aku segera melangkah kaki kedalam rumah Alia.

"Ada apa,Lia?" tanyaku.

"Kau dah tanya mak kau?" tanya Alia sambil mengeluarkan kertas dari failnya.

"Dah.Kenapa?" tanyaku lagi.

"Tengok ni!" Alia menunjukkan kertas itu kearah aku.

"Ehh,betul ke ni Alia? Jawatan kosong sebagai pembantu pereka baju moden.Alia,aku nak!" kataku.Aku berasa gembira.Aku tak pernah berasa gembira seperti itu.

"Baguslah.Aku harap kita akan mendapat kerja tu.Dan aku haraplah juga tiada sesiapa lagi yang ambil jawatan tu kan." ujar Alia dengan gembira.
"Kalau macam tu.Apa kata kita berangkat ke Kuala Lumpur minggu depan.Okey?" tanya Alia memberi cadangan.

"Aku okey.Tapi..." kataku.

"Alah...Aku tahu kau tak cukup duit,betul tak?Tak apalah.Disebabkan kau bestfreind aku,sebelum kau dapat kerja,sebelum kau dapat gaji,selama itulah aku tanggung kau.Okey." ujar Alia.

"Betul ke ni?Terima kasih,Alia.You're my best freind forever.Aku sayang kau.Aku janji,selepas aku mendapat apa yang aku nak,Aku akan ganti balik ya." kataku dengan bersemangat.

"Okey.Beres.Hahahaha!" Alia ketawa dengan kuat sekali.Aku tahu,mungkin itu adalah ketawa gembira yang teramat sangat baginya.

"Kau ni.Kuat sangat ketawanya.Nanti,pelanggan mak kau lari disebabkan bunyi ketawa hantu mengilai pada waktu tengahhari ni." ujarku mengusik Alia.

"Hahahaha.kau ni sempat lagi buat lawak ya." kata Alia.

"Humm.Yelah tu.Ehh,dah nak pukul 12 tengahhari ni.Aku kena balik dah ni.Aku nak siapkan baju kebaya Kak Ida dulu.Okeylah.Aku balik dulu ya.Assalamualaikum." ujarku.

Saturday 16 April 2011

Bab 1, Episod 1

Matahari masih belum terbit.Angin pagi masih dingin dan pokok-pokok bunga masih segar dan berkembang.Aku,ibu dan nenek telah pun sibuk mengemas didalam rumah.Ibuku sibuk memasak nasi lemak.Aku pula sibuk menjahit baju kurung yang ditempah oleh orang sekampung denganku.Nenek juga sibuk mengemaskan ruang tamu yang berselerak gara-gara kucing jiranku menceroboh masuk rumahku.Pasti kucing jiranku bergaduh dengan kucingku,Meoww.

Matahari telah pun terbit.Bunga-bungaku sudahpun layu dipancar matahari.Aku membantu ibu memasukkan bungkusan nasi lemak kedalam bakul.

"Ibu,Qaseh dah buat keputusan untuk cari kerja di Kuala Lumpur.Qaseh rasa,dengan menjual nasi lemak saja,duit kita masih belum cukup.Duit hasil jualan nasi lemak kita pun cukup untuk membeli bahan-bahan je.Yuran sekolah Mia pun masih belum bayar.Tempahan baju kurung pun semakin berkurang." Ujarku sambil memasukkan bungkusan nasi lemak yang terakhir kedalam bakul.

"Tak usahlah Qaseh,Nanti siapa nak jaga kamu disana.Bahaya disana Qaseh.Tak payahlah ya Qaseh.Biarlah kita hidup begini.Ibu tak kisah.Asalkan kita bahagia." ujar ibuku membantah keputusan ku.Aku tahu ibu risau.

"Lina,izinkan sajalah Qaseh pergi ke Kuala Lumpur.Qaseh dah beritahu aku.Lagipun,Qaseh kata Alia pun ikut sekali.Biarlah dia pergi Lina.Mungkin cita-cita dia ada disana.Betul tak Qaseh?" kata nenek menyokong keputusan aku.

"Betul tu nek.Ibu,boleh lah ya?" aku betanya ibu sekali lagi untuk kepastian.

"Baiklah.Tapi Qaseh kena jaga diri tau.Awak tu ada penyakit asma.Jangan kerja kuat sangat." ujar ibuku.

"Terima kasih ibu.Qaseh sayang ibu." kataku.Aku melonjak gembira.Dengan cepatnya aku memeluk ibu.

"Aduhai,Kakak,ibu,nenek cepatlah.Mia dah lewat ni.Tengok jam tu,dah pukul 7 15 pagi tu.Jomlah.Nanti Mia kena denda disebabkan lewat." rungut Mia sambil menarik tanganku.

"Okeylah,Mia.Adikku yang tersayang.Humm,ibu,nek Qaseh pergi dulu ya.Assalamualaikum." kataku.Aku segera mengangkat bakul nasi lemak lalu memasukkan kedalam bakul basikalku.